Nampaknya minggu ini, saya banyak menerima undangan pada waktu malam.
Ini termasuk penduduk di Taman Ria Height yang juga geng basikal folding.
Mereka menyuarakan masalah keperluan surau di kawasan kediaman mereka dan perkara ini sudah dibawa ke pengetahuan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah JP.
Mengambil kira bilangan penduduk selain 90 peratus daripadanya adalah Muslim, saya melihat memang ada asas keperluan pembangunan rumah ibadah di kawasan berkenaan.
Apa pun, saya cukup mengagumi geng ‘folding bike’ di Tawau ini, kerana mereka bergerak sebagai satu komuniti untuk sama-sama maju ke hadapan.
Semoga terus sukses.
RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN
Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.
ATAU,
Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.
“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support