Melawat makcik Halijah Binti Bang di Kg Pisang yang baru-baru ini saya mendapat perkhabaran mengenai suaminya yang telah dimasukkan ke dalam wad hospital. Bergelut dengan kecederaan lutut beliau sendiri, makcik Halijah menceritakan pengalamannya ketika menemui suaminya dalam keadaan sakit. Semoga…
Lokasi: Tmn Victoria, Kukusan KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI DAN WANITA TERTUTUP TAWAU Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Penganjur Encik Zamli Jumat dan Belia Taman Victoria, Tawau kerana menjemput saya untuk menghadiri dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Bola Tampar…
Assalamualaikum selamat malam, Petang tadi saya telah mewakilkan Team Pejabat ADUN Kukusan bersama Pn Alicia, penggerak Wanita Warisan Kukusan untuk memberi sumbangan kepada anak seorang warga emas di kediaman mereka di Kg Jawa Lanut. Makcik Karsih sedang menjalani pembedahan tulang…
Meski bekerja dengan team yang kecil, perbincangan bersemuka selain dari whatsapp group harus senantiasa dilakukan dari semasa ke semasa. Saya mengamalkan open discussion di mana semua orang terbuka memberikan idea untuk mendapatkan hasil terbaik. Komunikasi sangat-sangat penting, oleh itu saya…
Lokasi: Kg Airport Lama, Padang Terbang Baru-baru ini saya telah merasmikan pembubaran mesyuarat jawatankuasa Surau Nurul Huda, Kg Airport Lama yang dipengerusikan oleh saudara Abu bin Ratei. Saya amat berendah hati kerana telah ditawarkan menjadi penaung kepada surau ini. Sebelum…
Assalamualaikum, selamat malam semua. Hari Isnin yang panjang dengan urusan kerja saya di Kota Kinabalu. Selesai urusan berkesempatan join minum kupi petang bersama YB Junz Wong sebelum beliau bertolak ke Pulau Pinang esok hari. Turut bersama saudara Nic. Catch up…
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah, semua empat guru wanita yang sesat ketika mendaki di Bukit Panchang, Tawau, berjaya dibawa keluar kira-kira tengah malam tadi. Difahamkan semua mangsa berusia 25 hingga 27 tahun itu ditemui penduduk kampung yang turut membantu JBPM…
Lokasi: Kg Sentosa Blok 5 Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya telah melawat keluarga arwah Tahir bin Rosli setelah seminggu arwah meninggalkan keluarganya akibat strok. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 9 orang anak yang masing-masing ada sudah berkeluarga dan belajar. Penduduk kampung…
Lokasi: Belakang Tmn Gembira berdekatan Ambar Park Terima kasih kepada pihak Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) yang mengambil tindakan segera dengan mengarahkan konsesi dilantik melakukan kerja-kerja pembersihan meski dalam cuaca tidak menentu sekarang. Aduan telah dimajukan pada Isnin lepas, sehari…
Lokasi: Jalan SM Teknik, Muhibbah Bal Pantauan dari wakil kami menunjukkan jalan rosak dan berlubang di jalan sekolah menuju kampung Muhibbah Bal. Terima kasih pihak konsesi dari JKR yang telah menurap lubang tersebut dan memberi kerjasama kepada wakil team ADUN…