Innalillahiwainnailaihirojiun… Semalam saya menziarahi keluarga arwah pakcik Hj Kholil Purnomo bin Hasyim di Kg Tg Batu Darat yang telah meninggalkan kita dua malam lepas akibat sakit tua. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Tg Batu Keramat selepas Isyak dan disolatkan…
Petang tadi saya dikunjungi oleh Tuan Sii Lik Hing, Pengarah Win Hin Machinery (Tawau) yang bertanggungjawab membekalkan mesin-mesin industri kepada usahawan tempatan. Kami berbincang dan mencari peluang inisiatif membantu usahawan-usahawan IKS yang memerlukan sokongan meningkatkan pengeluaran produk perniagaan dari rumah.…
Lokasi: Taman Semarak Singgah melawat seorang wirawati yang menghadapi musibah kebakaran minggu lepas dan baru-baru ini kehilangan adiknya akibat terjatuh dari bangunan. Saya mengenali keluarga ini dari saya remaja, ketabahan dan semangat yang kuat dapat dilihat dari anak dan ayah…
Kampung Pisang, Kukusan Ahad, 17 Januari 2021 Innalillahiwainnailaihirojiun. Saya menerima berita pemergian Sabturiah Binti Kose, 34 tahun, dipercayai meninggal dunia akibat kencing manis. 40 hari lepas ibu kepada arwah juga meninggal dunia atas penyakit yang sama. Semoga roh arwah dicucuri…
Lokasi: Balai Polis Tawau Saya mendapat peluang membincangkan secara ringkas kes-kes jenayah yang kerap dilaporkan semenjak PKP dilaksanakan bersama pegawai-pegawai siasatan jenayah bertugas dan OCPD Tawau, Tuan Peter. Pandemik Covid adalah merupakan antara faktor kepada gangguan emosi di rumah dengan…
Lokasi: Kampung Sentosa Blok 4, Kukusan Terima kasih kepada pihak yang turut membantu saya meringankan masalah seorang warga emas dengan membina sebuah tandas dan lantai dapur yang selamat untuk dipijak. Saya melawat Pakcik Ali bulan lepas setelah menerima aduan keadaan…
Pejabat Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, 8 Januari 2021, 10 pagi Pagi tadi saya telah mengunjungi Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Tuan Joseph Pang dan Ketua Jurutera, Tuan William untuk membincangkan isu-isu di sekitar Kukusan yang memerlukan tindakan dan penerangan…
Hari ini saya telah mendaftar sebagai ahli seumur hidup dalam Persatuan Hospis Tawau (The Hospice Association of Tawau, Sabah). Saya telah disambut oleh Pn. Gayline Ong (Pengerusi Persatuan), Pn. Connie Aw (Setiausaha), AJK-AJK, dan barisan staf Rumah Hospis Tawau. Semoga…
Tanjung Batu Tengah, 4 Januari 2021 Saya melawat salah sebuah keluarga yang terjejas semenjak pandemik Covid menyerang dunia. Warga Kukusan yang mempunyai enam orang anak ini dulunya bekerja di Semenanjung terpaksa pulang ke Sabah setelah industri seni tempatan mengakibatkan ramai…
Sebelum menyambut tahun baru tempohari, saya telah mewakilkan En. Samsi Ewang bekerjasama dengan penduduk kampung meratakan 15 tan batu untuk ditabur menutup lopak besar yang jelas kelihatan setelah hujan di laluan utama penduduk kampung bersebelahan Tmn Rainbow. Semoga bermanfaat kepada…